Alhamdulillah..Akhirnya tercapai juga impian saya untuk membuat blog saya berwajah baru. masih belum sepenuhnya siap, header perlu ditukar and memerlukan pertolongan dari yang pakar. Nasib baik my brother ada kepakaran itu bole dpt free..hehe..Lupa plak nak print screen layout sebelum ni kalo tak leh wat comparison.
Baru-baru ini menambah lagi stok kain cotton yang di beli dr sini. Memang suka dengan corak2 kain ni.. cantik. kain2 yang di beli bukan untuk di jual tapi cadangnya untuk di simpan untuk bakal anak I tp mcm pelik la kn..belum merancang mahu ada anak lagi tapi barang2 sudah di sediakan..hehe..tp sbb suka tgk kain2 dgn corak2 yang cantik2 ni, keinginan nak membeli membuak2. lps ni mcm berazam nk membeli 1 corak kain untuk tiap2 bulan..boleh x? ..haha.. jwbnya kena la byk buat OT..
Jika ada yang masih ingat, last entry I pernah story yang I minat sangat tengok cite korea dan sekarang ni dah mula demam k-pop di seluruh dunia. Di sebabkan minta tengok cite korea ni I sanggup untuk tukar dr astro biasa kepada astro HD hanya untuk menambah 1 lagi channel korea iaitu 393. I'm not sure if you are aware about this channel or not. Sekarang bila je I sampai rumah , channel pertama yang I akan buka mesti 393. Actually apa yang I suka dengan pelakon2 korea ni, kulit muka derang cantik2 and licin2. rasa cemburu and berangan la kalau la muka I pun cantik mcm mereka. Kebetulan baru2 ni my office mate baru je blk dari korea and dia pun cakap kulit org korea memang cantik2. pastu terbuka la story pasal barangan kosmetik mereka yang terkenal seperti Skin Food, The Face Shop, Nature Republic, Etude and Missha. Akhiranya membuat kan I terjebak untuk membeli produk mereka..Apa yang best produk mereka ada natural and rege agak mahal tp rasanya berbaloi jika boleh dapat muka yang licin macam mereka. Lagi satu produk mereka semua berunsurkn bunga dan buah-buahan bau sangat la wangi x seperti produk kecantikan lain yang biasanya tiada bau ataupun ada bau tp bau bahan kimia. Dan sekarang yang terkenal adalah BB Cream mereka. BB cream ni mcm foundation tp this thing ada kebolehan untuk merawat jugak. Lagi satu yang I suka even I pakai BB cream ni x nmpk mcm I pakai foundation sbb ia tak la tebal dan hanya lapisan nipis sahaja. I pun beli satu and a few produk mereka. Niat untuk kelihatan cantik depan suami kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah..harap2 ia menjadi.
Panjang I story nnti next entry i will update new baby dres.. :)
No comments:
Post a Comment