Friday, January 15, 2010

Ceritera hobi ku ini...

Kali ini meh I story macam mana I boleh terjebak dengan hobi neh. Panjang ceritanya.hehe..

Semuanya bermula masa last year raya puasa. Firstly, I just helping my sister for jahitan manik for her dress and at the same time I pun jahit for my dress too. Dari situ la semuanya bermula. Disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman dalam jahitan manik neh, saya hentam je la tapi last year ingat nak cuba corak yang lebih cantik lagi. So I pun gunakan kemudahan internet yang ada sekarang, I pun searching kat google.

Cari punya cari terjumpa blog cheq-su ni. Memang teruja la tengok blog dia sebab dia juga ada berkongsi macam mana nak jahit manik dalam blog. So memang bagus la. Tak kedekut ilmu. Dari sini juga la minat dengan sulaman benang dan reben timbul. Dan starting from that, minat nak menjahit baju kurung timbul kembali di tambah sekarang upah menjahit baju sudah semakin mahal and niat di hati ingin mengurangkan bebanan keluarga juga. Sekurang-kurangnya saya boleh menolong my mom untuk jahit her dress for free. :) Masih ingat tak sulaman benang yang saya jahit di tudung bawal, sebenarnya saya belajar dari blog cheq-su ni la. Sejak itu saya mula mengikuti perkembangan blog ini sampai la ke hari ini.

Dan dari blog cheq-su ni juga la saya terjumpa blog-blog lain yang menarik seperti ribbon embroidery dan Diari Ann. Dan sejak itu saya dah menjadi pengikut setia untuk blog-blog ini.

Lagi satu, saya sudah mula suka dengan sulaman reben bila ada satu post tu cheq-su ada share dia buat sulaman ribbon untuk cushions cover. Dalam hati, cantiknya. Before this I tak pernah nampak sulaman begini. So dari sini juga saya minat pulak dengan sulaman reben ni bila tengok hasilnya memang cantik dan menarik. Dan kebetulan juga dia ada kongsi tentang buku sulaman reben yang di hasilkan oleh suzanna mustafa. Di sebabkan ingin mencuba saya pun membeli buku itu tetapi dah sebulan beli pun masih tidak mempraktikkannya sebab nampak macam susah jek. So saya abaikan dulu sebab ingat macam kena ambil kelas juga. Tapi bila fikir saya di kulim, bila saya ada masa untuk mengikuti kelas Puan Ann tu. So saya pun macam dah give up.

Tetapi mungkin Allah nak bagi petunjuk, tergerak hati nak explore habis semua blog cheq-su ni then terjumpa video sharing dari DivanNiekerk's di blog cheq-su ni jugak. Yang bagusnya DivanNiekerk's ni berkongsi step by step macam mana nak create bunga. So dari situ saya explore sume video tentang ribbon embroidery di YouTube. So saya belajar semuanya dari situ dan di tambah dengan petunjuk dari buku puan ann ni. Tapi ilmu saya sedikit tak banyak macam Puan Ann dan blog ribbon embroidery nih. Mereka sudah experted. Saya masih baru. Tetapi suatu hari nanti memang kena wajibkan diri untuk attend juga kelas Puan Ann ni tapi tak tahu bila ada masa kerana masa sentiasa tak mengizinkan. Dan dari situ why not saya mencuba untuk buat Internet Marketing since saya boleh juga tambah-tambah pendapatan my family kan. Dan tidakla bosan sangat di rumah sorang-sorang kan jika ada kerja di tangan. Di tambah saya juga bercadang ingat nak aktif dalam bisnes menjahit jika masih tak dapat lagi pekerjaan di Kuala Lumpur, so sekurang-kurangnya saya boleh mengambil upah menjahit. Kiranya kena tukar field from engineering to art. haha..Tetapi sampai bila saya nak berjauhan dengan suami kan..waaaa..huhu...So nak tak nak kena cari alternatif lain Dan di tambah suami pun macam bagi galakan yang penuh so why not mencuba kan. hehe..So I wish dapat petunjuk dari sesiapa sahaja yang tidak kedekut ilmu. :) and I wish too ada yang memberi sokongan. hehe.. :)

So saya boleh katakan jika saya nak mencuba sulaman reben saya mesti akan rujuk design-design dari blog Diari Ann dan Ribbon Embroidery neh. Merekalah rujukan saya sebab design mereka memang cantik-cantik dan menarik belaka. Suka la dengan sulaman yang mereka hasilkan. Halus dan kemas. Tak macam saya ni main hentam jek. Tetapi nak buat macam mana kerana minat saya kena cuba jugak tetapi suatu hari nanti memang kena attend juga kelas puan Ann ni.

So sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan buat cheq-su, Diari Ann dan Ribbon Embroidery kerana tak lokek untuk berkongsi hasil-hasil sulaman mereka. Sila-sila la jenguk ke blog mereka, mana tahu ada yang menarik minat anda. :)

sekian..wassalam..
Terima kasih daun keladi, sila la datang lagi..hehe..

Thanks and pls come again.. :)

No comments:

Post a Comment