salam,
tersangat la lama saya menyepi. mungkin ramai dah melupai di sebabkan tiada perkembangan terbaru. actually, saya masih juga menjahit tetapi mood untuk memblog tidak terbuka. di tambah bebanan kerja di ofis. so terpaksa la di lupai sebentar untuk berblog. and kebetulan hari ini agak free plus hati terbuka untuk menulis sesuatu jadi di gagahkan tangan ini untuk menaip. di harap anda masih bersama saya lagi. insyaAllah jika berkesempatan saya akan cuba untuk update gambar2 dress di ketika saya menyepi. tempahan kebanyakannya dr kalangan teman2 rapat and sedara mara. tempahan online tiada mungkin di sebabkan blog ini masih tidak terkenal. pernah juga ada terima 2 atau 3 email bertanyakan tentang dress tetapi kemudian mereka menyepi tiada balasan dr mereka. mungkin mereka tidak yakin di tambah sekarang banyak sangat kes penipuan pembelian secara online. ramai yang berhati-hati sekarang ini. di tambah saya masih tidak lagi mendaftar kan perniagaan saya dengan SSM, berkemungkinan tidak menyakinkan. saya faham. :) ada juga bercita-cita untuk mendaftarkan nya satu hari nanti tetapi selalu masa tidak mengizinkan. tidak mengapa, tempahan dari teman2 pun tidak cukup tangan di buatnya. cuba untuk kuatkan skill dahulu then baru mula serius dgn jualan secara online. saya juga ada bercita-cita ingin membuka kedai jahitan satu hari nanti dan terlibat sepenuh masa. InsyaAllah.
perkembagan terkini, minat terbaru saya sekarang lebih kepada menjahit baju kurung moden and jubah. ermmm..suka sangat sbb sekarang lebih yakin dengan jahitan sendiri. jika sebelum ini hanya terima tempahan baju kurung pesak tetapi sekarang berkeyakinan untuk menerima tempahan baju kurung moden and jubah. dulu ada belajar tapi dah lupa. sekarang lebih berkeyakinan di sebabkan mendapat tunjuk ajar dari makcik mertua. sayang you..hehe..next target belajar baju melayu plak dgn makcik ye.. sebelum ini mencantum baju tiada masalah bagi saya tetapi untuk membuat patern tidak berkeyakinan melainkan baju sendiri sahaja. Alhamdulillah selepas mendapat tunjuk ajar dr makcik mertua, buat saya lebih yakin and selesa. org yang paling gembira tentulah adik2 saya. sebab boleh dapat diskaun. cehh... nasib la kakak ko ni baik hati. muahahaha..
perancangan sekarang ini, tekad mengumpul duit dengan banyaknya supaya suatu hari nanti bole la buka kedai sendiri. InsyaAllah. terfikir nak meminjam tetapi tidak mahu menambah banyak komitmen. nanti memakan diri. jadi usahakan kumpul duit sendiri. maka boleh la kami hidup seperti pasangan suami isteri yang normal. ni tak sorang di utara and sorang lagi di KL. maka nya jika cita2 ini kesampaian saya akan berpindah ke KL..hooraaayyyy...dpt berkumpul dgn semua family. berangan lebih. hehhee..semoga ia menjadi kenyataan. doakan untuk saya ye kawan2. :) kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah SWT yang terbaik. semoga Allah SWT memperkenankan doa ku. amin....
cukup la sampai disini penulisan saya kali ini. semoga dapat mengubat rindu kalian semua. jika berkesempatan saya akan cuba untuk gambar pula selepas ini.
fuhhhh....akhirnya dpt juga mood menaip... hehehhee
mmg best...hehehehe...
ReplyDeletedpt jahit baju murah...
kwn opis aku nak suh ko jahit baju utk anak dia...
nti dia bg kat aku...
aku pass kat abg efi....