Wednesday, December 19, 2012

durian creepe sedap di kulim

sekarang ni tengah famous durian creepe. kat facebook ramai bebenor yang update gambar durian creepe. tengok gambar macam sedap and durian plak my favourite fruit. kat ofis plak tika promote durian creepe kak mimi. cuba la nk merasa tapi siyes memang sedap. menarik dan tertarik. sape yang tinggal area kulim and teringin nk cuba bole layari blog ni.. 


Friday, December 7, 2012

sulaman reben

sekarang ni tengah gian nk jahit sulaman reben ni untuk hiasan dinding. sebelum ni ada jugak buat tapi stop kejap and sekarang sambung. sambung balik minat bila hr tu dapat cuti free seminggu lps habis projek. bos pun inform short notice so me and husband x plan pun nk g memana. so i pun stay je la kat umah. sayang masa seminggu tu terbuang mcm tu so i pun ambil kesempatan godek balik semua alat2 sulaman reben yang dah berkurun lama simpan dlm kotak..bila dah jadi cantik plak..
jika ada yang minat nak tempah bole hubungi saya.  :)




handmade roses brooch

jika ada berminat nk beli roses brooch bole hubungi saya. ni handmade tau..bole dpt diskaun bg nak beli byk. bole email di miedacreative@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.

detail:
bunga ros kelopak kecik
material: ribbon satin
1pcs rm2.50 (ada diskaun untuk sape yg beli byk)
saiz: 2" or 6cm

p/s: sila rujuk code number pada gambar untuk pilihan warna.

 


                                   some one wearing it..look gorjes kn??? mari la beli... 









Thursday, December 6, 2012

handmade roses brooch

jika ada berminat nk beli roses brooch bole hubungi saya. ni handmade tau..bole dpt diskaun bg nak beli byk. bole email di miedacreative@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.

detail:
bunga ros kelopak kecik
material: ribbon satin
1pcs rm2.50 (ada diskaun untuk sape yg beli byk)
saiz: 2" or 6cm

p/s: sila rujuk code number pada gambar untuk pilihan warna.










Tuesday, December 4, 2012

3 to 6 months satin baby dress

saya nak let go baju ni and jika ada yang berminat boleh hubungi saya di miedacreative@gmail.com or call 0195458447

dress ni muat untuk baby 3 to 6 months. or probably jika bole juga muat sampai setahun. baju ni sesuai untuk kenduri akikah or kenduri kawin. baju di sediakan dgn baby panties. harga tidak termasuk kos penghantaran.

jenis fabrik: satin lembut and tidak panas.
design: potongan bulat



                                                 rm45 (sekali dgn baby panties)
                                                     kos penghantaran rm7 (SOLD)




                            rm9.50 (one set dgn baju di atas) bole pos sekali dgn baju  (SOLD)


dress potongan bulat tingkat

baju ni dah lama saya siapkan tapi lupa nak update. bila belek-belek blog teringat yang baju ni x masuk lagi dlm blog untuk tatapan. kali ni ada kelainan penggunaan kain. biasanya saya akan guna satin and cotton tapi kali ni jenis kain lain. since the owner request combination warna hijau and gold  yang susah nak jumpa utk kain cotton or satin. so saya pilih jenis ni. alhamdulillah cantik.



Monday, December 3, 2012

wall hanging

sekarang bergiat plak untuk menjahit sulaman reben..seronok bila dah buat satu and nak buat lagi and buat lagi.. kebetulan masa tengah giler jahit sulam reben neh, kawan I kawin so I pun buat satu wall hanging ni special for her. hopefully she will like it.



Saturday, November 24, 2012

dress for 6 mnth baby

baju kali ini di hadiahkan untuk new born baby jiran sebelah rumah. kebetulan ada kain lebihan and kebetulan cukup plak.


Saturday, November 17, 2012

dress dr lebihan perca kain

dress kali ini di hasilkan dari lebihan-lebihan kain baju kurung. since dress pun dr lebihan kain so of course baju ni untuk anak buah I.. sayang nak buang macam tu je semua lebihan kain selepas siap2 satu jahitan since bole dapat jahitkan dress or mini skirt or hair pin ke or pape la. tapi diingatkan bukan lebihan kain dari customer but lebihan kain I or family I sendiri. jika ada lebihan kain dari kain customer I akan pulangkan balik. x berani nak simpan jika customer x halalkan. so baik pulangkan..unless jika customer beri kebenaran then baru I akan simpan lebihan kain customer tu.actually I ada banyak simpanan lebihan kain..konon simpan semua kain itu untuk buat project ini la, projek itu la tapi semuanya masih lagi tersimpan elok jek dalam kotak..haih...bila la ada masa nak settle kan semua kain-kain lebihan tu. semoga Allah permudahkan urusan hamba ini.











Friday, November 16, 2012

manik crumble

sekarang ni kan tengah famous jahitan manik crumble..si I pun google la image and tengok semua design manik crumble yang dipaparkan cantik2 belaka...tertarik la hati ingat nak buat satu..seronok tgk semua design manik crumble ni..cantik giler seh..teringin nak pakai satu tapi taknak tempah sebab teringin nak buat sendiri. puas hati kalo buat sendiri. so I pun google untuk free tutorial. hahhaa...nak free aje..and jumpa la satu blog ni yang baik hati nak share tutorial untuk menjahit crumble for free...thumb up untuk owner blog ni..


macam mana korang rasa?? cantik x hasilnya? untuk manik pearl I guna glass pearl..glass pearl ni tahan tapi tu la berat kut.. since cantik, berat tu x menjadi masalah since baju yang I guna pun kain satin silk and agak tebal..berminat nak tempah? hahaha..boleh aje..jangan segan-segan nak contact I k..

and bg yang teringin nak try buat sendiri and bole layari blog ni..



 ni untuk kat tangan and buat simple sebab xnk berat sangat kat tgn



 full view


Saturday, November 10, 2012

butterfly lace & sirih junjung

cantik x lace ni? kebetulan terjumpa di A tu Z. plan ke sana hanya untuk membeli bekalan dan alat-alat jahitan pastu kebetulan terlihat dibahagian lace...kebiasanya wat x kisah pun kalo ada di bahagian lace tapi bila terpandang lace ni terus tertarik..cepat2 buat video called with my sister untuk tunjukkan lace ni..berangan nak tampal di baju and jahitkan manik di atasnya..minat baru sekarang ni..tengah bergiat nak jahit manik plak..hehe..




ni la I perkenalkan bakat terpendam I..haha..I minat bidang seni and creative neh tapi x tahu la macam mana leh tersesat masuk bidang engineering..haih la badan..gubahan bunga ni bukan atas tempahan sesiapa tapi my best friend dia minta tunjuk ajar untuk buat sirih junjung for her engagement day. so I pun beli semua bahan and tunjuk ajar pada dia. lepas dah siap leh letak sebagai hiasan di rumah..cantik kan?? cewah..angkat bakul sendiri nampak..hehe


Thursday, November 8, 2012

black and white polka dot for baby dress

dress untuk anak ida murni lagi..seronok dapat customer macam ida murni sebab dia bagi kebebasan pada I untuk design sendiri dress anak dia. kali ini polka hitam putih plak.. since dia beli kain pun 4 meter, dapat la 3 dress.. actually leh dapat lagi satu dress tapi kali ini harus tanya dia dulu sama ada nak dress or mini skirt..hehe.. bagi dia kebebasan untuk memilih plak..

actually ada lagi 2 jenis corak kain dari ida murni untuk anak perempuannya dalam simpanan I..seperti biasa untuk di jahitkan dress untuk anaknya..tapi kali ini I hanya dapat siapkan 3 dress ni dulu since I pun nak cuti seminggu so tak sempat nak siapkan semuanya..jadi I sambung lagi untuk dress yang lain tu lepas cuti la ek ida..harap ko x kisah and thanks sebab bersabar..ye la ko hantar kain pun sebelum puasa tapi sampai sekarang pun aku masih tak siapkan semuanya sebab nak try design berlainan..

minggu ni progress menjahit agak cepat..I dapat siapkan 7 dress baby semuanya...challenge my self to finish all the 7 dress by this week...alhamdulillah, berkat pertolongan dari Allah..kebetulan plak last week and this week tak perlu OT jadi diwaktu malam so I spent masa dengan menjahit..wahhhh serunuknyeeee...lepas ni leh tiap-tiap hari menjahit and bole la tingkatkan skill menjahit I..tapi yang x best, xde OT xde pulus yang banyak..huhu...bila merungut mcm ni kat husband mesti dia akan kata rezeki dari Allah bukan dari OT..pedas masuk dalam hati bila kena perli..huhuhu...

ida murni harap ko suka and puas hati.. :)





organza baby dress lining with satin

kali ni dapat order dari customer online untuk dress satin baby 6 months. customer order untuk anak perempuannya. dress ni sesuai untuk majlis perkahwinan or kenduri akikah or majlis hari jadi ke. nampak ekslusif kn? saya pun suka bila tengok hasilnya. setiap masa asyik belek jek dress ni sebab cantik sangat.. mula la terbayang, alangkah bagusnya jika saya ada anak perempuan pasti di buatkan satu begini..huhu..mood sedih...tapi tetap berpuas hati, at least anak org lain yang pakai walaupun bukan anak saya sendiri.

thanks sarah sebab shopping dengan miedacreatives. harap sarah berpuas hati.
kali ni customer pos kain dan saya cuma jahitkan sahaja mengikut design. and nasib baik sarah berikan saya kebebasan untuk design sendiri dress untuk anaknya. dan ini hasilnya..

rasanya mcm nk request adik beli kain mcm ni and buat satu untuk anaknya..hehe...mana bole free mina oii..beli kain aku jahitkan free untuk si sepet..  :)



 










 kebetulan ada kain satin lebih and since sarah pun request baby panties so i buatkan untuk matchkan dengan dress di atas



Friday, November 2, 2012

girl dress....

sebelum cuti raya haji sempat lagi siapkan 2 pasang baju anak ida murni. alhamdulillah. owner suka.

sekarang saya ada minat baru..hehe..asyik ada minat baru je kan..addicted dengan jahitan manik crumble plak. tengah dalam proses nak siapkan satu..insyaAllah jika dah siap saya postkan k.  :)


kali ni try buat pleasant blouse and skirt. lebihan kain dari baju ini. sayang plak nk buang kain orang kan. so jahitkan la satu lagi blouse and skirt. since blouse and skirt pun x banyak guna kain.. tapi untuk lengan terpaksa cari kain perca.





saya suka design ni sbb kolar di leher ni...

Monday, October 15, 2012

awwwww...apron seksi...

kali ini tukar kelainan...kebiasaan entry I banyak pada jahitan dress tapi kali ini saya dapat order untuk menjahit apron dari kawan ofis. dia minta special..kain dia beli sendiri cuma I jahitkan saje ok. suka jugak dgn hasilnya..cantik...ceh sape nk puji kalo bukan diri sendiri kan..hehe..sesekali berubah angin menjahit luar dari kebiasaan best jugak..apron ni x guna mana2 pattern tp just try n error..since owner apron ni pun suka means pattern ni bole la digunakan lagi..hehe..lps ni nk try jahit satu apron untuk diri sendiri plak since apron kat rumah pun dah lusuh so ada la alasan nk jahit baru..hehehe..


cantik kannn??? 


Tuesday, October 9, 2012

dress polka dot merah

oh yeah..polka dot merah..dress kegemaran.. corak ni dah lama di impikan..nak beli online tapi x jumpa..kebetulan sebelum puasa hari tu berjalan2 di jalan TAR. dr satu gedung ke satu gedung di redah..akhirnya terjumpa di satu gedung ni tapi lupa la plak nama gedung tu yang pasti bukan jakel, nagoya or kamdar...terus sambar and ini lah hasilnya bila dah jadi baju..baju ni khas untuk anak buah saya...upah di sponsor oleh saya and kain plak of course la ibu dia..untungkn anak buah aku ni..upah jahit baju je dah free..





dah memang menjadi kebiasaan saya apabila balik KL jek pasti tidak di lepaskan untuk berjalan2 di jalan TAR untuk mencari ilham or kain2 yang cantik..seronok and yang pasti stress terus hilang... 1 hari berjalan pun saya sanggup...hehehe...yang pasti bila dah berjalan2 tu bukan just setakat cuci mata jek tapi RM pasti melayang jugak...huhu... duit gaji banyak di habiskan tambah koleksi kain jek..menyimpan untuk baju anak sendiri nanti..boleh x...haha..

i like this dress so much...phewitttttt

Thursday, October 4, 2012

cotton dress

ni antara dress yg di tempah untuk raya puasa lepas. and thanks to my friend yang support and thanks a lot sebab tempah dengan I. nanti tempahla lagi ek..sbb suka bila dah jadi baju.
cantik x?
hari ini 2 kali post..nak langsaikan hutang cerita buat tatapan kalian.



dress satin lagi

warna merah selalu menjadi pilihan. a few times dapat order baju satin merah untuk aqiqah. baju ini di tempah untuk kenduri aqiqah. and dalam masa yang sama customer mahukan baju yang sama untuk anak nya yang berumur 10 tahun.



saya buat kelainan untuk dress umur 10 tahun dengan menggunakan zip jika kebiasaan saya menggunakan butang. rasa x praktikal plak budak umur 10 tahun nak gunakan butang kan. first time mencuba alhamdulillah nampak cantik dan kemas. berkat pertolongan dari Allah. hasil menarik...saya suka...