Wednesday, April 7, 2010

Kembar ke? bukan la..

Peringatan: Post kali ni panjang skit..hehe..layankan je la ek

Dress lagi...hahaha...nak buek macam mano dah addicted. Tapi dress kali ni buat sebab ada tempahan dari kakak sebelah rumah saya. After I tunjuk baju
dress ni, dia terus suka and kata bole tak nak tempah untuk anak dia. Mula-mula tu macam agak keberatan nak jawab ok sebab dia nak suh buat design lain. Tapi akhirnya mengalah jugak sebab boleh kata rapat jugak dengan jiran ni. So dalam hati kata ok la, apa salahnya mencuba. Barula bole test ke"power"an menjahit ni kan. tak gitu senah..ahaks..ok ni bukan aksi riak ok..just saje nak bagi menambah manis ayat. huhu..Akhirnya jadi la design yang begini. Sila rujuk gambar di bawah ek.




Nampak macam kembar tapi bukan, cuma this 2 dress adalah design yang sama tapi yang membezakannya adalah saiznya. kenapa design sama? sebab kakak ni ada 2 orang anak perempuan, setahun and 3 tahun and dia request buat design sama untuk 2 beradik ni. Actually baju ni saya buat agak besar sebab kakak tu request supaya besarkan baju supaya mereka bole pakai lama. Baju yang belah kanan tu untuk anak yang sulung and saiz dress follow saiz untuk umur 4 tahun and adik dia plak besar sikit jek dari saiz untuk budak umur setahun. Actually contoh di beri so follow je..hehe.. And baju ni dah pun di beri pada ownernya cuma belum dapat lagi je bayarannya. Cukup bulan kut. hehe...

Bila nampak baju sama-sama macam ni teringat zaman kecik dulo-dulo. I ni anak sulung and adik bawah I cuma beza setahun jek (mak kepada budak mata sepet ni la)..hehe...kebetulan yang sulung dengan yang kedua adalah perempuan, so tiap kali bila shopping baju dress mak selalu belikan baju dengan design, warna and corak yang sama. Saiz badan saya and adik pun lebih kurang so mak pun beli saiz yang sama jugak. Dah tu bila keluar berjalan orang selalu tegur kembar ke? Masa kecik tu ok lagi la, tak rasa malu sebab kenyatannya bukan kembar kan, pastu bila dah menginjak masuk darjah satu terus rasa malu nak pakai baju sama-sama tambah -tabah baju selalu jek tertukar. Cite pasal baju tertukar ni pun rasa nak gelak bila ingat. Kali ni kita cite panjang skit la ek. Ok saya ni jenis tak suka berkongsi, barang saya orang lain takleh pakai even adik-adik saya (masa kecik la). Anak sulung la katakan semua nak sorang-sorang xleh share langsung. Sampaikan sikat pun saya ada sikat saya sendiri sebab tak nak berjangkit kutu punya pasal. haha..Ada kala tu sampai bergaduh berebut mana satu baju saya sebab saiz sama kan so xleh nak beza. Simpan pun dalam almari yang sama, macam mana nak beza. Ada satu tahap tu, mak malas nak layan, lepas beli baju baru jek mak mesti akan letak tanda which one baju saya. Muahaha...Sayang anak punya pasal mak pun ikutkan je la..Rasa nak gelak balik bila ingat. Benda kecik macam tu pun bole jadi gado besar. haha...

Tapi bila dah besar plak, adik saya ni jenis suka jealous skit, dia xnak saya lebih dari dia, so bila g shopping apa yang saya pilih dia nak yang tu jugak. Dalam hati bengkek jek pastu siap bertengkar lagi dalam shopping mall tu, nak tak nak terpaksa mengalah sebab mak dah malas nak layan. Sebab mak dah cakap kakak yang sulung kena mengalah dengan adik..huhu..bengkek jek rasanya. Tapi sepanjang shopping tu muka saya mesti masam mencuka sebab xnak pakai baju sama-sama punya pasal la. Yang adik ni dah senyum-senyum kambing sebab dapat kenakan saya. lagi la bertambah bengkek jek hati ni..huhu...Rasanya sampai darjah 4 or 3 if not mistaken kami still lagi pakai baju yang sama design, color and corak even baju kurung and kasut pun. huhu...Tapi sekarang teringin plak nak pakai baju sama-sama lagi. haha...macam boria plak..xpe saya suka jek..

2 comments:

  1. btl tu kak teringat kecil2 dulu selalu pakai baju sama2....
    mcm kembar pun ada....
    skang asal ko x nak pakai sama2......

    ReplyDelete
  2. xmo la aku pki sama2 dgn ko...aku tuan puteri mn bole pki bj sama dgn ko..kena la lebih cantik dr ko :P

    ReplyDelete