Monday, April 19, 2010

Masa sangat2 mencemburui

UPDATED
- baju kurung mak --> Done
- dress dayana (my niece) ---> Done
- peasant blouse for ani ----> Done
- baju kurta abg ---> Done
- blouse ely (office mate) -----> Dah potong kain
- baju melayu ayah mertua ----> Kain masih x berusik lagi
- blouse ala-ala dress for me. -----> 3 pasang dah siap
__________________________________________________________________

Masa sangat mencemburui sekarang ni. Busy sgt2..huhu..plus kena wat OT lagi. Waa...nak nangis..saya nak menjahit tapi kena buat OT. huhu..ni yang susah kalo keje bahagian R&D ni..ada masa tu,langsung xde keje tapi bila project dah go on keje menimbum berlambak-lambak.pastu semua kena kejar date line. huh..tak suka nya. bila dah tension ni mula la terfikir macam nak resign jek (bila tension jek)..hehe..actually I suka dengan keje ni tapi tu la semua nak kena kejar date line, pastu selalu kena push pulak tu. huhu..nak buat macam mana kita kan kuli so kena dgr cakap bos ek supaya bole jadi pekerja contoh..muahaha..perasan diri sendiri.


ni la di antara projek yang terpaksa di tangguh kejap, gara-gara kena sambung buat OT after office hour.
- baju kurung mak --> kain dah potong
- dress dayana (my niece) ---> 80% dah siap
- peasant blouse for ani (budak gemuk..muahaha... :P) ----> dah potong kain
- baju kurta abg ---> 90% hampir siap
- blouse ely (office mate) -- this one kena jadi priority sbb kena jaga customer..haha
- baju melayu ayah mertua
- blouse ala-ala dress for me.

ni dapat update blog sbb curi-curi masa. kalau x confirm bersawang lagi la blog ni..muaahahaha...kali ni tiada gambar untuk di nikmati, so I end this post at here.
thanks for those rajin nak singgah baca blog I yang huduh ni..huhu..

Thursday, April 8, 2010

ni Qaireen punya jugak la.............

My addicted become worst. Every time, my mind always think about creating new dress. And again my post now about dress again. Sorry my dear it's become my habit now. huhu..

Ok dress kali ni, guna 2 warna and banyak kain. huhu...dress dengan circle skirt. And this dress pun untuk budak mata sepet tu lagi. Sebab her mom request to wearing during her birthday party. So I came with this design. harap will fitted and her mom like it. And ingat nak wat yang special skit so I pun buat baby booties and head band untuk budak mata sepet. So semuanya one set and padan. Hope she will look beautiful after wearing it. so enjoy the picture.
















Wednesday, April 7, 2010

Sape anak ibu angkat tangan?

huh..malam ni terasa bosan plak. TV plak xde cite best pastu nak menjahit dah rasa malas sebab cadangnya ingat nak buat OT tapi bila dah buka laptop pastu buka facebook terus berubah haluan..huhu...Bila dah bosan terus mood nak mengupdate blog datang..hoho..kalo macam ni selalu kan best..huhu..

Ok kali ni xde benda nak cite tapi nak upload gambar aksi-aksi budak mata sepet dengan memakai dress yang saya jahit for her. Mood tengah datang ni baik amik kesempatan mengedit gambar budak mata sepet ni. Comel plak..eeeee...geramnya...

"Sape anak ibu angkat tangan?"..bila soalan ni di ajukan mesti budak mata sepet ni angkat tangan. Ntah faham ke tak orang tanya apa, main redah je angkat tangan. huhu...tapi ada waktu-waktu la budak mata sepet ni nak buat macam tu sebab dia sibuk nak buat hal dia. Tiap kali balik KL rasa macam x lengkap kalo x jumpa budak mata sepet ni sebab suka gigit and cium pipi kuat-kuat. Tapi sekarang ni bila suh cium dia hulur hidung instead of pipi dia. huhu..macam la hidung mancung sangat nak hulur hidung tu. huhu..





Kembar ke? bukan la..

Peringatan: Post kali ni panjang skit..hehe..layankan je la ek

Dress lagi...hahaha...nak buek macam mano dah addicted. Tapi dress kali ni buat sebab ada tempahan dari kakak sebelah rumah saya. After I tunjuk baju
dress ni, dia terus suka and kata bole tak nak tempah untuk anak dia. Mula-mula tu macam agak keberatan nak jawab ok sebab dia nak suh buat design lain. Tapi akhirnya mengalah jugak sebab boleh kata rapat jugak dengan jiran ni. So dalam hati kata ok la, apa salahnya mencuba. Barula bole test ke"power"an menjahit ni kan. tak gitu senah..ahaks..ok ni bukan aksi riak ok..just saje nak bagi menambah manis ayat. huhu..Akhirnya jadi la design yang begini. Sila rujuk gambar di bawah ek.




Nampak macam kembar tapi bukan, cuma this 2 dress adalah design yang sama tapi yang membezakannya adalah saiznya. kenapa design sama? sebab kakak ni ada 2 orang anak perempuan, setahun and 3 tahun and dia request buat design sama untuk 2 beradik ni. Actually baju ni saya buat agak besar sebab kakak tu request supaya besarkan baju supaya mereka bole pakai lama. Baju yang belah kanan tu untuk anak yang sulung and saiz dress follow saiz untuk umur 4 tahun and adik dia plak besar sikit jek dari saiz untuk budak umur setahun. Actually contoh di beri so follow je..hehe.. And baju ni dah pun di beri pada ownernya cuma belum dapat lagi je bayarannya. Cukup bulan kut. hehe...

Bila nampak baju sama-sama macam ni teringat zaman kecik dulo-dulo. I ni anak sulung and adik bawah I cuma beza setahun jek (mak kepada budak mata sepet ni la)..hehe...kebetulan yang sulung dengan yang kedua adalah perempuan, so tiap kali bila shopping baju dress mak selalu belikan baju dengan design, warna and corak yang sama. Saiz badan saya and adik pun lebih kurang so mak pun beli saiz yang sama jugak. Dah tu bila keluar berjalan orang selalu tegur kembar ke? Masa kecik tu ok lagi la, tak rasa malu sebab kenyatannya bukan kembar kan, pastu bila dah menginjak masuk darjah satu terus rasa malu nak pakai baju sama-sama tambah -tabah baju selalu jek tertukar. Cite pasal baju tertukar ni pun rasa nak gelak bila ingat. Kali ni kita cite panjang skit la ek. Ok saya ni jenis tak suka berkongsi, barang saya orang lain takleh pakai even adik-adik saya (masa kecik la). Anak sulung la katakan semua nak sorang-sorang xleh share langsung. Sampaikan sikat pun saya ada sikat saya sendiri sebab tak nak berjangkit kutu punya pasal. haha..Ada kala tu sampai bergaduh berebut mana satu baju saya sebab saiz sama kan so xleh nak beza. Simpan pun dalam almari yang sama, macam mana nak beza. Ada satu tahap tu, mak malas nak layan, lepas beli baju baru jek mak mesti akan letak tanda which one baju saya. Muahaha...Sayang anak punya pasal mak pun ikutkan je la..Rasa nak gelak balik bila ingat. Benda kecik macam tu pun bole jadi gado besar. haha...

Tapi bila dah besar plak, adik saya ni jenis suka jealous skit, dia xnak saya lebih dari dia, so bila g shopping apa yang saya pilih dia nak yang tu jugak. Dalam hati bengkek jek pastu siap bertengkar lagi dalam shopping mall tu, nak tak nak terpaksa mengalah sebab mak dah malas nak layan. Sebab mak dah cakap kakak yang sulung kena mengalah dengan adik..huhu..bengkek jek rasanya. Tapi sepanjang shopping tu muka saya mesti masam mencuka sebab xnak pakai baju sama-sama punya pasal la. Yang adik ni dah senyum-senyum kambing sebab dapat kenakan saya. lagi la bertambah bengkek jek hati ni..huhu...Rasanya sampai darjah 4 or 3 if not mistaken kami still lagi pakai baju yang sama design, color and corak even baju kurung and kasut pun. huhu...Tapi sekarang teringin plak nak pakai baju sama-sama lagi. haha...macam boria plak..xpe saya suka jek..

Ala-ala A-line dress tak jadi

ok kali ni dress baby jugak. aik..baby dress lagi kan..huhu..nak buat macam mana dah addicted nak buat dress. Sebab jahit dress baby ni x rumit macam jahit baju kurung and baju melayu. xde nak tensen2 macam jahit baju melayu. huhu..lagi satu yang best bila jahit dress ni, lepas tengok hasilnya memang puas hati la. tak tahu macam mana nak digambarkan perasaannya. Macam dapat sesuatu yang sangat-sangat berharga. Nasib baik takde anak lagi, kalo dah ada confirmed tiap-tiap minggu ada baju baru. huhu..

ok dah habis merapu kan, saya sambung lagi. Ok design kali ni lain tapi ada kesilapan. huhu..so nak xnak terpaksa tukar design lain sebab kain tu dah terpotong. sayang nak buang mcm tu..rugi oooo. kain mahal plak tu..huhu... Actually I ingat nak buat A-line dress tapi terlupa nak bahagi dua bahagian belakang baju tu..so dah silap..masa tengah potong tu tak perasan bila dah jahit tepi and mula nak menjahit pastu baru sedar dah silap potong. huhu...sayang kain punya pasal cepat-cepat cari idea ubah design. Design ni xde tutorial, main hentam jek sebab dah ada experience jahit baju sebelum ni. So hentam jek. So jadi la macam ni. Masa tengah jahit baju ni ingat nak snap picture so bole la wat tutorial tapi sebab inpatient untuk tengok hasilnya punya pasal terpaksa la abaikan dulu nak hasilkan tutorial. Nanti lain kali la ek. And one more thing, baju ni masih xde owner lagi sebab budak mata sepet tu dah ada baju ni, so impossible la budak mata sepet tu nak ada 2 baju dengan corak yang sama kan. So ada yang berminat ke? Kalau ada berminat contact la I ek..hehe..BTW, baju ni muat untuk baby berumur setahun setengah ke atas.

So as usual, lepas ni tengok gambar la ek.
sebab dah tak tahu nak cite apa lagi.




Macam ala A-line dress x jadi..huhu..

Ni Ireen punya baju

Lama dah tak berupdate blog ni, kalo la blog ni bole berhabuk confirmed habuk dah setinggi KLCC agaknya. hehe... So let me update new item yang I buat baru-baru ni. Bukan la baru sangat tapi bole la. Actually banyak dah item yang sudah di buat tetapi malas nak mengupdate..huhu..bila la mood nak mengupdate selalu akan datang. Baek sekarang saya update satu persatu la ek, kte mulakan dari old one baru ke latest one..hehe.. so saya mulakan dengan dress baby dengan berpandukan tutorial dari Maya. Ni second attempt lepas siap baju yang berwarna pink yang saya update di sini. Kali ni berani guna kain mahal lepas first attempt. Sebab dah confident skit..hehe...Baju ni dah pun di pakai oleh ownernya...sila rujuk gambar di bawah..hehe








Inilah anak buah kesayangan saya dengan mak dia sekali merangkap my sister. Muka budak mata sepet ni memang susah nak senyum. Turun muka ayah dia la ni. muka garang. Kalo letak muka budak mata sepet ni dengan ayah dia macam kembar jek. macam pepatah kata " Bapak borek anak rintik" and if translate to english "like father like son" but word of son should change to daughter since she's a girl..hehehe..