Wednesday, June 3, 2015

Lukis pola dress circle/peplum

Demi memenuhi permintaan sepupu untuk kongsikan cara saya melukis pola untuk dress peplum, jadi post kali ini saya kongsikan cara macam mana nak lukis pola dress bulat atau dgn nama lain peplum dress. Untuk pengetahuan, kebanyakan tempahan yang saya terima dari customer mostly design dress peplum ni la. Dan kebetulan pula saya lagi suka jahit dress peplum ni jika di bandingkan dengan design yang lain.

Jika ada kekurangan dalam penjelasan saya nanti mohon maaf sebab saya tak pandai mengajar. huhu
Dan ini cara saya dan mungkin cara anda lebih baik dari tapi just share sebagai panduan untuk new beginner.  :)
one thing, sorry jika lukisan dan tulisan x brapa cantik tapi jangan risau sbb saya taip balik apa yang saya tulis dalam gambar tu k. untuk lebih faham sila baca penerangan yang saya terangkan di bawah gambar.

sebelum tu, listkan dulu ukuran yang di perlukan. ok saya list kn sebagai rujukan. ok

ukuran yang di perlukan:
1. ukuran panjang bahu
2. ukur lilit dada
3. ukur lilit pinggang
4. labuh baju dari bahu ke pinggang
5. labuh skirt dari pinggang ke bwh lutut (ikut suka anda nak labuh mana)

ok saya belanja gambar dress yang saya buat guna pola ini



ok dah dapatkn ukuran bole sambung tutorial untuk lukis pola dress circle/bulat/peplum.


lukis pola baju depan

1. ukuran bahu bahagi 2 untuk dapatkan garisan AB. kain di lipat 2 bila nak tekap pola kat kain.
2. ukuran lilit dada bahagi 4 untuk dapatkan garisan BC & AH & DC.
3. BE adalah ukuran labuh baju dari bahu ke pinggang
4. ukuran lilit pinggang bahagi 4 untuk dapatkan garisan EF
5. turunkan dan tanda 3/4" untuk dapatkan panjang AG. ini untuk dapat kan garisan bahu ke bawah so bila pakai terletak cantik jek
6. ukur dan tanda 3" dari titik B untuk dptkn ukuran BK. yang ini untuk lukis lubang leher.
7. Lepas tu garis dari titik G ke K.
8. ukur panjang dari titik G ke H dan tanda. kemudian ukuran yang dapat tadi bahagi 3. yang ni untuk buat lekuk untuk lubang ketiak.
9. turunkan dan tanda 1/2" dari titik J. yg ni untuk pola depan sahaja supaya lubang ketiak lebih selesa bila pakai. Cara ini hanya untuk pola baju depan dan untuk pola baju belakang tak perlu turunkan 3/4".
10. kemudian turunkn 3/4", ukur dari titik D ke I. reason sebab kat bahu tadi dah turunkn 3/4" so untuk dapatkan lubang ketiak yg selesa turunkn sekali tapi ada sesetengah x buat pun. so ikut keselesaan anda.
11. lukis garisan lengkung sambung dari I ke J ke G.
12. turunkan 3.5" atau 4" dari titik B untuk dapatkan garisan BL. yang ini untuk lubang leher.



 lukis pola baju belakang

1. ukuran bahu bahagi 2 untuk dapatkan garisan AB. kain di lipat 2 bila nak tekap pola kat kain.
2. ukuran lilit dada bahagi 4 untuk dapatkan garisan BC & AH & DC.
3. BE adalah ukuran labuh baju dari bahu ke pinggang
4. ukuran lilit pinggang bahagi 4 untuk dapatkan garisan EF
5. turunkan dan tanda 3/4" untuk dapatkan panjang AG. ini untuk dapat kan garisan bahu ke bawah so bila pakai terletak cantik jek
6. ukur dan tanda 3" dari titik B untuk dptkn ukuran BK. yang ini untuk lukis lubang leher.
7. Lepas tu garis dari titik G ke K.
8. ukur panjang dari titik G ke H dan tanda. kemudian ukuran yang dapat tadi bahagi 3. yang ni untuk buat lekuk untuk lubang ketiak.
9. kemudian turunkn 3/4", ukur dari titik D ke I. reason sebab kat bahu tadi dah turunkn 3/4" so untuk dapatkan lubang ketiak yg selesa turunkn sekali tapi ada sesetengah x buat pun. so ikut keselesaan anda.
10. lukis garisan lengkung sambung dari I ke J ke G.
11. turunkan 3/4" atau 1" dari titik B untuk dapatkan garisan BL. yang ini untuk lubang leher.


lukis pola skirt peplum

1. ukuran lilit pinggang bahagi 3.14 dan kemudian bahagi lagi dengan 2 untuk dapatkan ukuran panjang AB&AC&AD. so bila nk tekap pola atas kain, kain kena lipat 4. rujuk gambar di bawah untuk cara lipatan kain.
2. garis dan tanda ukuran labuh skirt dari pinggang ke bawah lutut untuk dapatkan garisan BE&CF&DG.

ok ni cara lipat kain untuk tekap pola skirt bulat.

1 comment:

  1. Salam, sis..mcmna pula dgn step jahitan ye?boleh tunjuk ajarkan..sy mmg xpndai dlm bab mnjahit, cuma nk belajar n follow blog sis..

    ReplyDelete