Wednesday, June 3, 2015

Lukis pola dress circle/peplum

Demi memenuhi permintaan sepupu untuk kongsikan cara saya melukis pola untuk dress peplum, jadi post kali ini saya kongsikan cara macam mana nak lukis pola dress bulat atau dgn nama lain peplum dress. Untuk pengetahuan, kebanyakan tempahan yang saya terima dari customer mostly design dress peplum ni la. Dan kebetulan pula saya lagi suka jahit dress peplum ni jika di bandingkan dengan design yang lain.

Jika ada kekurangan dalam penjelasan saya nanti mohon maaf sebab saya tak pandai mengajar. huhu
Dan ini cara saya dan mungkin cara anda lebih baik dari tapi just share sebagai panduan untuk new beginner.  :)
one thing, sorry jika lukisan dan tulisan x brapa cantik tapi jangan risau sbb saya taip balik apa yang saya tulis dalam gambar tu k. untuk lebih faham sila baca penerangan yang saya terangkan di bawah gambar.

sebelum tu, listkan dulu ukuran yang di perlukan. ok saya list kn sebagai rujukan. ok

ukuran yang di perlukan:
1. ukuran panjang bahu
2. ukur lilit dada
3. ukur lilit pinggang
4. labuh baju dari bahu ke pinggang
5. labuh skirt dari pinggang ke bwh lutut (ikut suka anda nak labuh mana)

ok saya belanja gambar dress yang saya buat guna pola ini



ok dah dapatkn ukuran bole sambung tutorial untuk lukis pola dress circle/bulat/peplum.


lukis pola baju depan

1. ukuran bahu bahagi 2 untuk dapatkan garisan AB. kain di lipat 2 bila nak tekap pola kat kain.
2. ukuran lilit dada bahagi 4 untuk dapatkan garisan BC & AH & DC.
3. BE adalah ukuran labuh baju dari bahu ke pinggang
4. ukuran lilit pinggang bahagi 4 untuk dapatkan garisan EF
5. turunkan dan tanda 3/4" untuk dapatkan panjang AG. ini untuk dapat kan garisan bahu ke bawah so bila pakai terletak cantik jek
6. ukur dan tanda 3" dari titik B untuk dptkn ukuran BK. yang ini untuk lukis lubang leher.
7. Lepas tu garis dari titik G ke K.
8. ukur panjang dari titik G ke H dan tanda. kemudian ukuran yang dapat tadi bahagi 3. yang ni untuk buat lekuk untuk lubang ketiak.
9. turunkan dan tanda 1/2" dari titik J. yg ni untuk pola depan sahaja supaya lubang ketiak lebih selesa bila pakai. Cara ini hanya untuk pola baju depan dan untuk pola baju belakang tak perlu turunkan 3/4".
10. kemudian turunkn 3/4", ukur dari titik D ke I. reason sebab kat bahu tadi dah turunkn 3/4" so untuk dapatkan lubang ketiak yg selesa turunkn sekali tapi ada sesetengah x buat pun. so ikut keselesaan anda.
11. lukis garisan lengkung sambung dari I ke J ke G.
12. turunkan 3.5" atau 4" dari titik B untuk dapatkan garisan BL. yang ini untuk lubang leher.



 lukis pola baju belakang

1. ukuran bahu bahagi 2 untuk dapatkan garisan AB. kain di lipat 2 bila nak tekap pola kat kain.
2. ukuran lilit dada bahagi 4 untuk dapatkan garisan BC & AH & DC.
3. BE adalah ukuran labuh baju dari bahu ke pinggang
4. ukuran lilit pinggang bahagi 4 untuk dapatkan garisan EF
5. turunkan dan tanda 3/4" untuk dapatkan panjang AG. ini untuk dapat kan garisan bahu ke bawah so bila pakai terletak cantik jek
6. ukur dan tanda 3" dari titik B untuk dptkn ukuran BK. yang ini untuk lukis lubang leher.
7. Lepas tu garis dari titik G ke K.
8. ukur panjang dari titik G ke H dan tanda. kemudian ukuran yang dapat tadi bahagi 3. yang ni untuk buat lekuk untuk lubang ketiak.
9. kemudian turunkn 3/4", ukur dari titik D ke I. reason sebab kat bahu tadi dah turunkn 3/4" so untuk dapatkan lubang ketiak yg selesa turunkn sekali tapi ada sesetengah x buat pun. so ikut keselesaan anda.
10. lukis garisan lengkung sambung dari I ke J ke G.
11. turunkan 3/4" atau 1" dari titik B untuk dapatkan garisan BL. yang ini untuk lubang leher.


lukis pola skirt peplum

1. ukuran lilit pinggang bahagi 3.14 dan kemudian bahagi lagi dengan 2 untuk dapatkan ukuran panjang AB&AC&AD. so bila nk tekap pola atas kain, kain kena lipat 4. rujuk gambar di bawah untuk cara lipatan kain.
2. garis dan tanda ukuran labuh skirt dari pinggang ke bawah lutut untuk dapatkan garisan BE&CF&DG.

ok ni cara lipat kain untuk tekap pola skirt bulat.

Tuesday, June 2, 2015

Jahit zip sembunyi untuk menyusu

Last few weeks, i had share this tutorial in my facebook page. but no time to update in my blog. so here i shared with you guys on how to sew hidden zip for nursing.

sorry maybe gambar dan penerangan saya x begitu terang but hopefully you guys understand it. I selalu google je untuk any type of tutorial tapi susah nak jumpa cara nak jahit zip sembunyi untuk menyusu bila google. so thats why i shared this tutorial macam mana nak jahit zip sembunyi untuk menyusu yang mana saya explore sendiri dgn melihat cara jahitan baju yang saya ada. alhamdulillah, saya akhirnya berjaya tanpa rujukan google tutorial. sebenarnya baju ni baju lama but since sekarang saya masih menyusukn anak saya so terpaksa letak zip sembunyi supaya senang bila nak breastfeeding my son. 

ok hopefully you guys can cope my explanation. just share it if you want to.


 picture 1: bahagi 2 baju untuk dptkn garisan tengah. tanda, garis dan gunting. kemudian jahit tepi


 picture 2: letakkan zip sembunyi di atas belahan yang di jahit tepi. lipatkan bahagian atas zip ke dalam. untuk memudahkn proses menjahit nnti sematkn pin supaya lipatan tidak lari, refer gambar di atas

 picture 3: jahit zip sembunyi guna tapak zip sembunyi. FYI, sy guna mesin portable so guna tapak zip sembunyi yang sesuai dgn mesin anda. jahit kedua-dua belah zip

 picture 4: lepas bahagian kiri dan kanan zip sudah di jahit, maka jahit pula bahagian bawah zip sembunyi yang masih terbuka. maka di sini saya gunakan tapak zip biasa untuk tutup bahagian bwh zip. jahit ke bawah dan jgn jahit smpi tertutup lubang (untuk lebih fhm bole refer gmbr 5)

 picture 5: jahit sebegini rupa.

 picture 6: lipat dah gosok kain bawah zip sembunyi mcm buat pleated


piture 7: taraaa dah siap. ok cuba focus kat bahagian bwh zip. bila kte gosok di bahagian dlm ia akan nmpk bentuk pleated di luar.