Wednesday, September 10, 2014

my first baby quilt

Tercapai jugak my dream nak jahit quilt. Projek idaman yang dah lama tertangguh sbb kekangan masa. la ni pun xde masa tapi since dream list untuk barang-barang baby jadi di gagahkan jugak cari masa nak jahit quilt baby ni. Suka and seronok sangat tengok hasilnya.

Corak kain panel ni I beli from online seller yang jual designer fabric cotton. Kain ni beli lama dah tapi tersimpan jek and bila dah pregnant ni baru la keluarkan semua kain. FYI, im fabric designer cotton collector. Beli kain skit-sikir then simpan. Entah kenapa bole terjebak nak jadi collector untuk designer cotton ni. seyes corak memang cantik and xleh nak compare degan corak local or japan cotton. material cotton dia pun lain. tu yang suka beli imported US designer cotton fabric. Nowadays banyak jek online seller di malaysia jual. so xyah la nk order from jauh-jauh dari US nun, order jek dr mereka. 

comel kan corak kain ni???? Kain ni Licensed cotton: springs creative fabrics bercorak bright owl panel. bersaiz 36" X 44". Binding plak I jahit tangan di belakang quilt untuk nampak lebih kemas. untuk batting plak I guna cotton batting yang ada glue and lapik lagi dgn kain cotton anti-slip supaya bila letak kat lantai xde la quilt tu nk bergerak-gerak kan. 



Tuesday, September 9, 2014

set tilam kekabu baby

33weeks dah.. dan hanya tinggal lagi 7weeks to go before delivery. cepat je masa berlalu. huhu.. nebes setiap kali bila fikir mcm mana agaknya waktu I bersalin nanti. huhu.. since ni first baby so lagi la nebes coz xde pengalaman and x dpt nak cuba2 bayangkan waktu kejadian nnti. Cuma skrg ni buat relax je and redah je la..huhu.. setiap hari berdoa semoga Allah permudahkan waktu I nak bersalin nnti. Hopefully everything will be fine and smoothly. Yang penting baby and mommy selamat and sihat kan.

Persiapan untuk bersalin pun almost 95% dah ready. Since ni pun first baby so semuanya kena beli baru. So far brg2 mcm barut, tilam, selimut and etc, yang mana rasa bole jahit tu I cuba jahit sendiri. Since mama pun pandai menjahit so better jahit sendiri dari beli kan. Atleast ada sentimental value di situ. Alhamdulillah semua dah siap. Bila dah excited ni mula la rasa mcm nk tmbh2 lagi. haha.. contoh mcm, dah jahit dah receiving blanket tp rasa mcm nk jahit hooded blanket plak.. haha.. ngengada. barut baby plak bila ada seller online upload gmbr br n cantik mula la tgn gatal nk membeli kain tu nak buat barut baby..haha.. barut baby dah bnyak ok tp tgn asyik gatal je nk menjahit bila ada je corak2 kain yg chumell.. huhu..mama yg excited lebih..

List barang2 keperluan baby pun sy google jek. Byk je org share senarai barang2 yang perlu di beli. lupa plak nak keep track blog mana yang I refer untuk senarai barang tu. Korang google je taip "list brg baby" nnti berlambak keluar. 

I selalu share gmbr2 barang2 baby yang I jahit di page facebook and my #miedacreative. sorry susah skit tangan ni nak menaip untuk update blog ni. rasanya update di facebook and #ig lebih pantas and mudah. bagi yang nk follow bole like my page and my #ig. taip jek miedacreative k.

Let me share my latest baby product. Set Tilam kekabu baby and sarung sekali. Well, bila dah jahit sendiri mcm ni baru la faham kenapa seller online jual mahal. susah and rumit ok. alhamdulillah dapat bantuan suami masa nak filling kekabu. Kekabu pun guna dlm 3 kg ok.. byk tu.. patutla derang jual mahal. So to all mommy to be pls jangan complain set tilam kekabu bayi ni mahal sbb mmg costly and rumit bila nk jahit. kalo rasa nk jimat tu better jahit sendiri jangan ngomel kata mahal. Bila I dah buat sendiri baru tahu mcm mana susahnya nak jahit ok. 

bila jahit sendiri set tilam kekabu untuk my baby rasa puas hati. bole customize sendiri nak saiz besar mana. maybe akan jahit lg satu set utk baby cot. sbb saiz yg ni kecik dr saiz baby cot.

so far tiada lagi perancangan untuk buka tempahan set tilam kekabu ni. akan di pertimbangkan lepas bersalin nnti k. tapi I masih terima tempahan barut baby sehingga akhir bulan ni. :)




Tuesday, August 19, 2014

barut baby

In case some of you not following me through my #ig or facebook page. Let me share a few picture barut baby for my blogger follower. But a few picture of barut baby requested by my friend for their baby. Btw, jika ada yang berminat bole pm me through my facebook page or whatsapp me at 0195709235.





follow my #ig #miedacreative

Pregnant dah masuk minggu ke 29w, baru la start kelam kabut nk menjahit keperluan baby seperti yang di rancang. Kelam kabut di buatnye and hope fully dapat siapkn b4 bersalin. But yet excited sbb dpt buat bnda baru. So baby next new item for sale will be in miedacreative pages. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan ku.

I have a list DIY for my baby. Since this is first baby so kalau bole semua nak buat sendiri. Tak terfikir nak beli dah siap except baju. Baju of course kena beli sbb mommy dia x tahu nk jahit baju for newborn baby. Ok here the list

1. Set Tilam kekabu -> siap dah
2. sarung tilam and bantal -> WIP. masih pening nk pakai corak kain yg mana. huhu..
3. receiving blanket -> siap dah. sekali  helai ok
4. barut -> siap dah. i make 2 type of barut which is velcro and tali. since x tahu mana yg ok so buat la 2 jenis.
5. quilt baby -> WIP. bru smlm start buat tp tgn lenguh gerakkan kain.

Btw, I do share most of the done item through my #ig and facebook page.
Kalo ada yang berminat nak tgk hasil bole follow me through my #ig (#miedacreative) or like my facebook page




Friday, August 8, 2014

Tips belajar menjahit percuma

Ingin tahu tips untuk belajar menjahit secara percuma? sila baca teks ini sehinga habis. walaupun boring tapi ia mungkin sangat berguna untuk anda. Terutama sekali bagi mereka yang beginner.
Anda teringin nak belajar menjahit tapi tiada masa untuk menghadiri kelas. and sometimes kelas jahitan pun agak costly kan. Nah saya kongsikan tips-tips belajar menjahit secara percuma yg sangat-sangat berguna utk beginner. Tapi post ini hanya la berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.


sebelum saya teruskan kepada perkongsian tips belajar menjahit secara percuma, saya kongsikan dulu jenis-jenis tutorial. Berdasarkan kepada pengalaman and pemerhatian saya, saya kelaskan tutorial kepada 3 jenis. Iaitu:

1. Sentence tutorial

Penerangan ayat by ayat utk setiap langkah. lebih kurang mcm karangan. tutorial jenis ini mungkin akan mengambil masa untuk beginner memahami step by step yang di terangkan. Tetapi ia mudah untuk expert memahami tutorial jenis ini.
2. Picture tutorial

tutorial jenis bergambar beserta penerangan step by step. tutorial jenis agak mudah utk di fahami oleh semua tak kira beginner ke, intermediate ke bahkan expert sekali pun. tutorial jenis ini paling banyak yang di gunakan blogger.
3. video tutorial

tutorial jenis ini paling best and senang utk di fahami sbb anda bole tengok live step by step yang mereka share. tp tutorial ini susah untuk di cari sbb x byk blogger yang akan share. mungkin sbb kekangan masa untuk merakam video dan mengeditnya.


ok sekarang kte kembali kepada tips untuk belajar menjahit secara percuma. Menjimatkan poket anda di samping anda mendapat ilmu yg bermanfaat dan bole di jadikan side income untuk anda. 

TIPS BELAJAR MENJAHIT SECARA PERCUMA


1. Gunakan sepenuhnya kemudahan internet di depan mata kita. Di internet ni bersepah blogger yang sharing tutorial/cara2 menjahit. Anda bole gunakan search engine mcm google ke yahoo ke untuk mencari tutorial mana yang anda inginkan. Bagi saya, lebih selesa menggunakan medan carian google. Typing key sangat penting bila anda gunakan medan carian. Well anda bole gunakan ayat ini  sebagai contoh: anda bole taip "dress tutorial" , "tudung tutorial" , "bag tutorial" and "cara-cara menjahit baju kurung" and etc. nanti berderet keluar segala tutorial yang anda inginkn. but be aware mostly tutorial come from US and UK blogger. Mereka suka sangat berkongsi ilmu. BTW, ada juga certain local blogger yang sharing tutorial tapi tak ramai and anda kena rajin ber"google". Saya akan kongsikan local blogger yang ada sharing tutorial. taip "SAYA NAK" di ruang komen, insyaAllah saya akan share kn di post akan datang.


2. Ada juga para blogger yg gemar sharing video tutorial di youtube. Nah gunakan medan youtube ini utk anda tingkatkan skill menjahit anda. medan ini lebih berkesan sbb anda bole tgk live step by step tutorial yang mereka sharing compare to picture tutorial. dimana picture tutorial they just share picture yang sometime ada certain step yg derang missed. tapi tu la susah nak jumpa video tutorial ni. Mostly yang sharing tutorial jenis ini adalah blogger from US and UK. So jika anda ingin gunakan medan ini, anda kena taip ayat menggunakan bahasa inggeris. for example: "quilt tutorial" , "binding tutorial" , 'baby dress tutorial" and etc. 


3. Gunakan medan facebook. Ada antara blogger lebih mudah untuk berkongsi ilmu2 jahitan di facebook di bandingkan dgn blog sbb facebook lebih mudah access menggunakan handphone je compare dgn blogging kena open laptop or PC. Anda juga bole join mana2 group2 jahitan ataupun rajin2 la "LIKE" fanpage mana2 blogger. Jika belum ada akaun facebook sila buka satu akaun ok. Sebagai contoh anda bole LIKE fanpage saya, bole refer link di bawah. 

Alhamdulillah, ok setakat ini dulu perkongsian saya untuk tips belajar menjahit secara percuma, InsyaAllah akan di sambung di post-post yang akan datang ok. Anda juga bole "LIKE" page saya di https://www.facebook.com/MiedacreativesBoutique?ref=hl untuk mendapatkan lebih banyak tips2 jahitan. InsyaAllah saya akan cuba curi masa untuk berkongsi tips2 jahitan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

Thursday, June 12, 2014

tutorial skirt lycra - semi circle skirt

Untuk pertama kalinya, miedacreative berkongsi ilmu jahitan dengan anda. InsyaAllah jika di izinkan kami akan menghasilkan banyak lagi tutorial. dress baby ke? hehe..
Jadi untuk permulaan kami memperkenalkan tutorial jahitan skirt lycra untuk anda yang berminat untuk menjahit sendiri.
tutorial skirt ini lengkap langkah per langkah berserta gambar.
jadi tak rugi untuk anda memiliki tutorial ini dengan harga serendah rm25 seunit.
jika berminat bole pm di facebook kami or email to miedacreative@gmail.com


Wednesday, June 11, 2014

coretan di kala kehamilan 20weeks

Setiap kali view blog, haihla..bila la nak mengupdate ye tak. kosong je blog..asyik2 post yg sama since januari..hehehe.. sorry ye guys sbb 2014 adalah tahun paling malas nk mengupdate. huhu..

BTW, 2014 jugak adalah tahun yang paling gembira untuk kami suami isteri. Alhamdulillah, almost 7 years menunggu untuk I hamil, akhirnya pada tanggal 26 feb saya di sahkan hamil. Buat ujian kehamilan di rumah sendiri k sbb lewat 2 hari datang bulan je pun. Syukur sangat yang tak terkata. Excited punye pasal x menyempat beli pregnancy test lps 2 hari lewat. Dapat info kata the best time nk check either kte pregnant or not bila lewat 2 weeks. FYI, so far kitaran haid saya tetap, so tak menyempat dah nak tunggu 2 weeks so lewat 2 hari jek terus beli pregnancy test after balik keje.

Sampai rumah jek terus buat ujian, bila tgk ada 2 line jek, terus mcm betul ke tak ni. sbb masih x percaya sbb selalunya kecewa bila buat ujian kehamilan jek mesti negative. but this time positive, 2 line keluar. but satu line lg tu x clear sgt tp still nampak la. So mcm..eh betul ke x pregnancy test ni, ke rosak..eh bole rosak ke? haha.. so google la tgk2 kalo ada info pasal line x clear tu. then ada terbaca satu blog ni, ada kes mcm I, line x clear but she's positive she's pregnant. So happy la sgt masa tu.

Since my husband nun jauh di KL, so x dapatla nk share kegembiraan ini secara face to face. terus capai handphone capture gambar pregnancy test tu and whatsapp kat husband. BTW, he's also same like me, not believe it for the first time. Dia cakap "Ala alat tu pun bukan accurate sangat pun"..haha.. I was laugh on his statement. Then I kata, it's ok this weekend kte jumpa doc untuk confirmkan k.

Alhamdulillah kandungan pun dah masuk 20 minggu pada hari ini. Tapi jantina masih tak tahu lagi k sbb next check up untuk scan bulan 7 nnti. tapi rasanya macam nak g scan kat private clinic la kut sbb excited nk tahu jantina baby neh. tak sabar la eh nk tggu bulan 7 nnti baru tahu jantina. FYI, I buat routine check up kat klinik kesihatan sbb lagi better walaupun terpaksa tunggu lama ok. Tapi xpe la berbaloi jugak buat routine check up kat klinik kesihatan sbb nurse detail check. Pape pun actually sbb free..haha..

Jika ada yang tanya, alahan mengandung mcm mana? btw, since ni first experience for me, i think it's still quite bad for me. Ye la start dari 8 minggu dah mula nmpak tanda2 alahan tu. mula2 tu xde rasa loya or muntah2 or morning sickness ke but I have bad heartburn. Sakitnya sepanjang waktu ok. Even makan pun masih pedih apa lagi kalo x makan. makan dalam kuantiti skit tapi kerap tapi masih jugak heartburn. Tambah xde selera makan dah waktu tu. just teringin nk makan buah jek..makan nasi langsung xnk. Even makan ubat yang doc bagi masih tak mampan jugak. akhirnya tahan je la sakit tu. huhu.. ni la ek pengorbanan seorang ibu.

after 10weeks tu baru la start loya2 and muntah2. Even skrg dah 20weeks pun masih muntah2. muntah bukan just uwek uwek je tau, muntah I ni keluar balik semua makanan. apa yang di makan semua akan keluar balik..huhu.. selera makan langsung xde. ada la mengidam tapi mostly mengidam nak makan buah jek, derian la..air kelapa la..tembikai la..strawberry la.. nasi jangan harap bole makan ok. menahan la perut pedih sampai la ni.

Alhamdulillah sekarang dah ada selera makan skit2 tapi waktu makan memang kena jaga if not masuk angin then muntah la jwbnya..makan dalam kuantiti sikit tapi kerap. dalam 4 jam sekali mesti makan if not perut mesti pedih. husband pun dah mula komen..asyik makan jek...tak kenyang2 lagi ke..haha..BTW, selera makan tu masih memilih, certain2 lauk je nk mkn dan sekarang selera makan terbalik dari sebelum ni. Before ni I x suka makan benda manis but this time nk makan benda manis but usually air manis la..air kosong tu susah skit nk sentuh, asyik2 nak minum air manis jek. and ada lagi, rasa baby mcm ikut selera baba dia jek, asyik2 nak makan ayam jek. kalo dulu I prefer ikan dr ayam but this time xmo ikan dah, nampak ayam tu mcm sedap jek. apatah lagi sayur langsung xnak..mmg sebijik selera baba dia..huhu..

ni la ghupenya pengorbanan seorang ibu ye tak...bukan time bersalin jek tapi tang waktu mengandung ni la menahan sakit segala alahan mengandung tu..huhu.. wahai anak2 sekalian jangan di lupa jasa dan pengorbanan ibu anda..tak terbalas dengan segala harta dunia jasa dan pengorbanan mereka tau. even korang berbakti dengan baik sekali pun belum tentu cukup untuk balas pengorbanan mereka. maka jaga la hati mereka. :) bagi isteri plak, jaga2 la juga hati ibu mertua anda..ingat la jasa mereka mengandungkan dan membesarkan suami anda. suami kte pun ada mak ok..bukan mak kte jek yg kena jaga hati dan perasaan tapi mak suami kte pun kalo diberi layanan yang sama ok..jangan sampai suami anda menjadi anak yg derhaka. sanggup ke tgk suami yang kte sayang jadi anak derhaka??

well ni je la coretan I kali ni..sambung lagi nanti ek. kemungkinan post after this pun mesti cite pasal mengandung je la ek..haha..layankan je la ibu mengandung yang tengah excited ni ek.. 

Wednesday, January 29, 2014

baju muslimah di buka untuk tempahan


cantik? mula berjinak-jinak menjahit baju muslimah ala-ala prof muhaya.
patter by myself and baju muslimah ni dah ada owner.
masih sibuk and tempahan dah full untuk bulan 2. mostly tempahan baju muslimah. alhamdulillah mendapat sambutan. but mostly order come from my family, siblings, cousin and neighbor.
not yet getting order from online customer.
jika ada yang berminat untuk menempah bole whatsapp di 0195709235 or pm facebookpage
berminat untuk beli pattern either tudung or baju bole contact saya.

detail baju muslimah:
- material : combination of moose creepe + lycra corak
- pattern tudung bole pilih sama ada tudung twist or tudung instant biasa
- awning tudung bole pilih sama ada soft awning or hard awning
- corak kain akan bole klik di sini.
- available for pre-order ONLY.