Saturday, November 24, 2012

dress for 6 mnth baby

baju kali ini di hadiahkan untuk new born baby jiran sebelah rumah. kebetulan ada kain lebihan and kebetulan cukup plak.


Saturday, November 17, 2012

dress dr lebihan perca kain

dress kali ini di hasilkan dari lebihan-lebihan kain baju kurung. since dress pun dr lebihan kain so of course baju ni untuk anak buah I.. sayang nak buang macam tu je semua lebihan kain selepas siap2 satu jahitan since bole dapat jahitkan dress or mini skirt or hair pin ke or pape la. tapi diingatkan bukan lebihan kain dari customer but lebihan kain I or family I sendiri. jika ada lebihan kain dari kain customer I akan pulangkan balik. x berani nak simpan jika customer x halalkan. so baik pulangkan..unless jika customer beri kebenaran then baru I akan simpan lebihan kain customer tu.actually I ada banyak simpanan lebihan kain..konon simpan semua kain itu untuk buat project ini la, projek itu la tapi semuanya masih lagi tersimpan elok jek dalam kotak..haih...bila la ada masa nak settle kan semua kain-kain lebihan tu. semoga Allah permudahkan urusan hamba ini.











Friday, November 16, 2012

manik crumble

sekarang ni kan tengah famous jahitan manik crumble..si I pun google la image and tengok semua design manik crumble yang dipaparkan cantik2 belaka...tertarik la hati ingat nak buat satu..seronok tgk semua design manik crumble ni..cantik giler seh..teringin nak pakai satu tapi taknak tempah sebab teringin nak buat sendiri. puas hati kalo buat sendiri. so I pun google untuk free tutorial. hahhaa...nak free aje..and jumpa la satu blog ni yang baik hati nak share tutorial untuk menjahit crumble for free...thumb up untuk owner blog ni..


macam mana korang rasa?? cantik x hasilnya? untuk manik pearl I guna glass pearl..glass pearl ni tahan tapi tu la berat kut.. since cantik, berat tu x menjadi masalah since baju yang I guna pun kain satin silk and agak tebal..berminat nak tempah? hahaha..boleh aje..jangan segan-segan nak contact I k..

and bg yang teringin nak try buat sendiri and bole layari blog ni..



 ni untuk kat tangan and buat simple sebab xnk berat sangat kat tgn



 full view


Saturday, November 10, 2012

butterfly lace & sirih junjung

cantik x lace ni? kebetulan terjumpa di A tu Z. plan ke sana hanya untuk membeli bekalan dan alat-alat jahitan pastu kebetulan terlihat dibahagian lace...kebiasanya wat x kisah pun kalo ada di bahagian lace tapi bila terpandang lace ni terus tertarik..cepat2 buat video called with my sister untuk tunjukkan lace ni..berangan nak tampal di baju and jahitkan manik di atasnya..minat baru sekarang ni..tengah bergiat nak jahit manik plak..hehe..




ni la I perkenalkan bakat terpendam I..haha..I minat bidang seni and creative neh tapi x tahu la macam mana leh tersesat masuk bidang engineering..haih la badan..gubahan bunga ni bukan atas tempahan sesiapa tapi my best friend dia minta tunjuk ajar untuk buat sirih junjung for her engagement day. so I pun beli semua bahan and tunjuk ajar pada dia. lepas dah siap leh letak sebagai hiasan di rumah..cantik kan?? cewah..angkat bakul sendiri nampak..hehe


Thursday, November 8, 2012

black and white polka dot for baby dress

dress untuk anak ida murni lagi..seronok dapat customer macam ida murni sebab dia bagi kebebasan pada I untuk design sendiri dress anak dia. kali ini polka hitam putih plak.. since dia beli kain pun 4 meter, dapat la 3 dress.. actually leh dapat lagi satu dress tapi kali ini harus tanya dia dulu sama ada nak dress or mini skirt..hehe.. bagi dia kebebasan untuk memilih plak..

actually ada lagi 2 jenis corak kain dari ida murni untuk anak perempuannya dalam simpanan I..seperti biasa untuk di jahitkan dress untuk anaknya..tapi kali ini I hanya dapat siapkan 3 dress ni dulu since I pun nak cuti seminggu so tak sempat nak siapkan semuanya..jadi I sambung lagi untuk dress yang lain tu lepas cuti la ek ida..harap ko x kisah and thanks sebab bersabar..ye la ko hantar kain pun sebelum puasa tapi sampai sekarang pun aku masih tak siapkan semuanya sebab nak try design berlainan..

minggu ni progress menjahit agak cepat..I dapat siapkan 7 dress baby semuanya...challenge my self to finish all the 7 dress by this week...alhamdulillah, berkat pertolongan dari Allah..kebetulan plak last week and this week tak perlu OT jadi diwaktu malam so I spent masa dengan menjahit..wahhhh serunuknyeeee...lepas ni leh tiap-tiap hari menjahit and bole la tingkatkan skill menjahit I..tapi yang x best, xde OT xde pulus yang banyak..huhu...bila merungut mcm ni kat husband mesti dia akan kata rezeki dari Allah bukan dari OT..pedas masuk dalam hati bila kena perli..huhuhu...

ida murni harap ko suka and puas hati.. :)





organza baby dress lining with satin

kali ni dapat order dari customer online untuk dress satin baby 6 months. customer order untuk anak perempuannya. dress ni sesuai untuk majlis perkahwinan or kenduri akikah or majlis hari jadi ke. nampak ekslusif kn? saya pun suka bila tengok hasilnya. setiap masa asyik belek jek dress ni sebab cantik sangat.. mula la terbayang, alangkah bagusnya jika saya ada anak perempuan pasti di buatkan satu begini..huhu..mood sedih...tapi tetap berpuas hati, at least anak org lain yang pakai walaupun bukan anak saya sendiri.

thanks sarah sebab shopping dengan miedacreatives. harap sarah berpuas hati.
kali ni customer pos kain dan saya cuma jahitkan sahaja mengikut design. and nasib baik sarah berikan saya kebebasan untuk design sendiri dress untuk anaknya. dan ini hasilnya..

rasanya mcm nk request adik beli kain mcm ni and buat satu untuk anaknya..hehe...mana bole free mina oii..beli kain aku jahitkan free untuk si sepet..  :)



 










 kebetulan ada kain satin lebih and since sarah pun request baby panties so i buatkan untuk matchkan dengan dress di atas



Friday, November 2, 2012

girl dress....

sebelum cuti raya haji sempat lagi siapkan 2 pasang baju anak ida murni. alhamdulillah. owner suka.

sekarang saya ada minat baru..hehe..asyik ada minat baru je kan..addicted dengan jahitan manik crumble plak. tengah dalam proses nak siapkan satu..insyaAllah jika dah siap saya postkan k.  :)


kali ni try buat pleasant blouse and skirt. lebihan kain dari baju ini. sayang plak nk buang kain orang kan. so jahitkan la satu lagi blouse and skirt. since blouse and skirt pun x banyak guna kain.. tapi untuk lengan terpaksa cari kain perca.





saya suka design ni sbb kolar di leher ni...